瓜拉冷岳李氏宗親會
PERSATUAN KETURUNAN
LEE KUALA LANGAT

Address
:
No 54, Jalan Bayam 1,
Taman Desa Jarom,
42600 Sg,Jarom
Selangor Darul Ehsan

联络人 Contact Person:
总务 :李腾沅
手提 H/P :019 3154495

 
LOCATION MAP / 地图

QR CODE / 二维码


   

瓜拉冷岳李氏宗親會章程

 
第1章 名稱
本會定名為:瓜拉冷岳李氏宗親會, 以下簡稱本會。
 
第2章 注冊地址
No. 54,Jalan Bayam 1, Taman Desa, 42600 Sungai Jarom, Kuala Langat.
本會注冊及通訊地址,除非獲得社團注冊官之批准,否則不得隨意更改。
 
第3章 目標 / 宗旨
(1) 推動惠及會員福利及提升相關的活動。
(2) 團结會員及發揮親善的精神。
(3) 推動社區及服務社會的工作。
(4) 提供抵押、購置、租貨或擁有產業以符合本會之用途。
 
第4章 會員籍
(1) 凡年齡逾21歲李氏后裔之馬來西亞公民,行為良好且住在瓜拉冷岳縣者,皆可申請
      成為會員。
(2) 凡申請入會表格,必須有提議人及附議人簽署后,呈給總務再轉交理事會批准,惟
      理事會有權拒絕有關之申請入會者,無需给予 理由解釋。
(3) 凡獲准之會員申請人,必須預先缴交入會基金RM 20/=,年捐 RM 6/=(普通會員)或
      入會基金RM 20/=,一次過繳RM 100/=(永久會員)。
(4) 凡在籍之大專院學生,除非事先獲得其相關院校副校長之書面准許,否則不能被接
     受為會員。 
 
第5章 入會基金、年捐及其他費用
(1) (a) 普通會員:入會基金RM20/=,年捐RM6/=。
      (b) 永久會員:入會基金RM 20/=,一次過繳交RM 100/=。
(2) 年捐必須在每年4月之前繳清給本會財政。
(3) 凡會員拖欠年捐逾一年者,將會收到由總務發出的書面通知,在未解決拖欠年捐
      時,其將會喪失會員應享的權益。
(4) 凡拖欠年捐逾2年及理事會也發出書面通知尚不能繳清者,本會有權終止其會員籍。
(5) 理事會有權決定喪失會員籍者,倘欲再申請入會,則需重新繳交入會基金及年捐。
(6) 會員大會認為有需要時,可以通過籌募特別捐,倘遇會員認捐而尚未繳交,其認捐
      則當年捐處理之。
 
第6章 終止及開除會員籍
(1) 凡欲退出會員籍者,必須在14天前以書面通知,且需繳清拖欠之款項。
(2) 倘若任何會員不遵守章程及破壞本會名譽者,將會被開除其會員籍或中止其會員籍
      一個期限。惟理事會尚未執行有關紀律行動前,會員必須提呈書面解釋原委,抑或
      會員大會接受有關會員之上訴,並撤消理事會之決定,恢復其會員籍。
 
第7章 會員大會
(1) 會員大會出席的會員人數必須是會員總人數之半數,抑或理事會成員之2倍則為有
效。
(2) 凡會員大會未達上述指定法定人數時,理事會必須在展延30天 内再舉行召開大會,
     倘逾半小時後,仍然無法達到法定人數,會員大會可以召開,惟不得修改章程及作
     出任何涉及全體會員之決定。
(3) 常年會員大會必須在每年4月之前召開,惟財務報告必須備妥 (截在每年12月31日之
      全年財務報告)及提呈會務報告如下:
      (a) 接納會務報告
      (b) 接納財務報告
      (c) 選舉理事及推選查賬2名
      (d) 其他事項
(4) 總務必須在14天前將全年會員大會文件冊(包括會務報告及財務報告)一併寄發给
     全體會員及張貼在會所以供會員閱覽。
(5) 特別會員大會有需要時,可以召開。
      (a) 理事會認為事關重大時;
      (b) 凡有1/5會員總人數要求。且誌明原由及目的時,可呈函給本會總務以便安排之。
(6) 會員要求之特別會員大會,必須在接到其来函的日期計起,30 天内召開。
(7) 特別會員大會召開14 天前,總務必須將通告及議程發給全體會員。
(8) 特別會員大會在指定時間超逾半小時仍然未達法定人數,則會議宣布流會,6個月内不
     得再召開,而後以同樣理由要求召開,將不受理。
(9) 總務必須在常年會員大會或特別會員大會後,將會議之決定,儘速寄給全體會員。

第8章 理事會
(1) 常年會員大會,每3年選舉一次,選出下列理事會各職委;
      1名會長、3名副會長
      1名總務、1名副總務
      1名財政、1名副財政
      1名國英文書、1名中文書
      2名文教主任、2名福利主任
      7名普通理事
(2) 每位理事會成員必須是馬來西亞公民。
(3) 會員大會選出理事,必須要有提議及附議人的選舉程序,且獲得多數票者中選,所
      有理事任期3年,連選得蟬聯;
(4) 理事會必須執行會員大會通過之議決案及提呈每年之會務及財務報告。
(5) 理事會每三個月必須召集一次會議,通知書7天之前寄發給各理事,法定人數為最少
      有半數以上之理事出席會議。
(6) 倘遇要緊急處理某事件時,而未能及時召開理事會,總務可以通過書面咨詢理事同
      意執行有關事件,以后在理事會議追認即可。
      (a) 必須將有關緊急事件誌明後,再傳達書面函给所有理事。
      (b) 至少獲得半數以上之理事成員之同意或反對有關之建議。
      (c) 其決定必須通過表決且獲得多數票通過,一切之決定必須通過總務在理事會議
            時,加以追認各有關事項。
(7) 舉凡理事成員連續3次缺席會議,且未有充分理由,則當自離職論。
(8) 倘遇理事成員離職或逝世時,理事會可將候補理事遞補其空缺。倘遇候補理事不接
      受時,理事會有權推舉一名會員以填補直到下屆會員大會。
(9) 理事會授權總務或其他理事成員推行會務及徵聘職員協助執行任務或解僱職員失責
      或被視為破壞本會聲譽者。
(10)理事會可以產生各小組成員以襄助推展會務。
 
第9章 各職委之職權
(1) 會長主持本會一切會議,并執行一切議決案,對外代表本會,并簽署本會一切重要
      文件,聯同總務、財政簽署銀行支票。
(2) 副會長在主席缺勤時,代攝其職務。
(3) 總務處理一切日常事務,協助會長執行一切議決案,保存會員名冊及文件,聯同會
     長、財政簽署支票,同時在會員大會後60天内將各有關文件呈報社團注冊官。
(4) 副總務在總務缺勤時,代攝其職務。
(5) 財政掌管一切款項之處理,貯存款項入銀行户頭及銀行支票,聯同會長、總務簽署
     支票。
(6) 副財政在財政缺勤時,代攝其職務,
(7) 國英文書負責撰寫及翻譯國英文文件。
(8) 中文書負责撰寫華文文件及公函。
(9) 福利主任之職責乃照顧會員之福利。
(10)文教主任之责任係推廣文化及教育之活動。
(11)普通理事協助執行一切事務時,必須事先受到理事會之指示。
 
第10章 財務開支
(1) 可以支付一切會務的費用,包括職員薪金、查賬費用等,惟不得支付會員被法律上
      的罰款。
(2) 財政不能收存現款逾RM 500/=, 逾RM 500/= 則必須存入由理事會指定之銀行户頭。
(3) 所有支票必須由會長、總務及財政聯合簽署方為有效。倘遇上述 3人缺勤時,理事
     會可以另選他人填補之。
(4) 所有開支逾RM1,000/=,必須得到理事會議之批准,逾 RM 5,000/=必須獲得到會員
     大會之批准,惟少過RM1,000/=,會長、總務及財政即可批准簽署
(5) 財政必須備妥每年經查賬查核過之財務報告,提呈給會員大會接纳,且必須呈報給
      社團注冊局。
(6) 財務年報是由每年1月1日至12月31日之財務狀况.

 
第11章 查賬
(1) 選出2位非理事會成員為查脹,任期3年,不得連任。
(2) 查賬必須查核本會每年之財務狀況作出報告,同時隨時皆可查核賬目,以便呈交理
      事會。
 
第12章 產業
(1)  所有產業必須注冊在本會名義,以及所有涉及本會產業必須由應屆理事會之會長、
      總務及財政,代表本會簽署有關之文件。
(2) 本會之產業不得變賣,轉讓或典當,除非事先獲得會員大會之同意及授權。

第13章 章程之詮釋
(1) 在會員大會之后,理本會可對本章程作出詮釋。如屬重要,理事會可以決定一些不
     包括在本章程内說明之事項。
(2) 除非違反或與會員大會所議決的原則不一致,理事會對會員們所做出之決定,
     將是最后的决定;除非會員大會議決更改之。
 
第14章 會務顧問 / 贊助人
本會認為有需要時可以推舉德高望重,經濟能力許可人士出任本會會務顧問或贊助人,惟必須得到會議一致的同意并接受之。

 
第15章 禁例
(1) 本會所嚴禁所有形式之賭博,有如牌九、三張、二十一點、十四支、天久等或電子
      游戲機等。
(2) 依據1959年工會法令,本會或會員不得試圖阻擱,干擾經營或物價或采取有如工會
      之工業行動。
(3) 除非得到有關當局之准證,否則本會不能以本會或以職員名義開設彩票,故不論該
     彩票是否只限會員購買,一律在嚴禁之列。
(4) 依據1966年社團注冊法令第21條文,本會不得付出利息或利益给任何會員。
 
第16章 修改章程
本會章程有需增刪時,得召開會負大會修改之,所有修改之條文必須在60天内呈交社團注冊官批准,獲得社團注冊官之批准後,方得施行有關修改後之條文。

第17章 解散
(1) 本會不得解散,除非獲得不少過五分之三抑或60% 之會員總人數之贊成,始能通過
     解散。
(2) 如本會依照上述情况進行解散時,所有一切合法之債務必須全部清還,至于其他款
     項之款項之處理辦法照則由會員大會決定之。
(3) 解散通知書必須由會長及總務簽署在14天内呈報給社團注冊官備案。
 
 
Undang-Undang Bagi PERSATUAN KETURUNAN LEE KUALA LANGAT 
 
FASAL 1   NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Keturanan Lee Kuala Langat,
     Selangor Darul Ehsan.
     Selepas ini disebut "Persatuan".
 
FASAL 2   TEMPAT URUSAN
(2) Alamat dan tempat urusan pertubuhan dan alamat untuk surat menyurat ialah No. 54, Jalan Bayam
     1,Taman Desa, Sungai Jarom, 42600 Jenjarom, Selangor.
     atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh  
     Jawatankuasa.
     Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
     kebenaran pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
 
FASAL 3   TUJUAN / MATLAMAT
(1) Untuk menjalankan aktiviti bagi menjaga kebajikan dan memajukan ahli-ahli.
(2) Menyatukan dan mengeratkan persahabatan dan semangat muhibbah di kalangan ahli.
(3) Menjalankan kerja dan perkhidmatan amal untuk manfaat masyarakat.
(4) Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Pertubuhan selaras
     dengan tujuannya.
 
FASAL 4   KEAHLIAN
(1) Terbuka kepada warganegara Malaysia dari keturunan Lee berumur 21 tahun ke atas, berkelakuan
      baik dan tinggal di kawasan Kuala Langat.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan 
      dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohanan itu dengan secepat 
      mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya 
      menolak sebarang permohanan tanpa menberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohan yang permohanannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah
      setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima
      menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan
      ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang
      berkenaan.
 
FASAL 5   BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
    (a) Ahli Biasa
         Bayaran Masuk  RM 20/-
         Yuran Tahunan RM 6/-
    (b) Ahli Seumur Hidup
         Bayaran Masuk  Rm 20/-
         dan Bayaran Rm 100/- sekaligus sahaja.
(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dari awal tiap-tiap tahun
     tidak lewat akhir bulan Mac pada tiap-tiap tahun.
(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan
      yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli
      sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya
     terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
     tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah
     menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan
     keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
     dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang 
     yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
     hutang yuran tahunan.
 
FASAL 6   PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan
     bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
     akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu
     tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa
     memecat atau menggantung ahli tersebut,ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
     pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
     untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
     dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan
     oleh ahli tersebut.

FASAL 7   MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu
     perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua ganda jumlah Ahli Jawatankuasa,
     mengikut mana yang kurang,hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
     perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
      mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada
      30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam
      daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah
      ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang
      Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
     berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat
     yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
      (a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
      (b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
      (c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan
      (d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum 
Mesyuarat 
     Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta
     penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah
     dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:
      (a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
      (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari
           jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.
           Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam
     tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
     kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
     bermesyuarat.
(8) Fasal 7 dan 8 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung
     Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak
     mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas
     atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6
     bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
     tidaklah boleh diadakan.
(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap
     Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah
     selesainya mesyuarat itu.
 
FASAL 8   JAWATANKUASA
 (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam
      Mesyuarat Agung Tahunan:
      Seorang Yang Dipertua
      Tiga Orang Naib Yang Dipertua
      Seorang Setiausaha
      Seorang Penolong Setiausaha
      Seorang Bendahari
      Seorang Penolong Bendahari
      Seorang Kerani Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
      Seorang Kerani Bahasa Cina
      Dua Orang Pegawai Kebajikan
      Dua Orang Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan
      7 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
      eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan
      akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua
      pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap 3 tahun.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan
      membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am
      yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil
      tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
      berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
      Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada
      tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman
      bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang
      Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-
      sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-
      kurangnya setengah (1/ 2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
      perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelu
lusan Jawatankuasa dan Mesyuarat
     Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha hendaklah mendapatkan kelulusan dari ahli-
     ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
     mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
     (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
           yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
     (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan
           persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
     (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
      Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
      kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan   
      mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
      tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
      Jawatankuasa.
(8) Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua
      mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan
      kekosongan itu.
      Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa
      melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk
      menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya
      mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan
      kerana cuai di dalam pekerjaan, curang,tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan
      Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan
      Pertubuhan.
(10)Jawatankuasa b
oleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
      kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
 
FASAL 9   KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
 (1) Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
      mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
      perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani
      peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
      bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2) Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran pertubuhan mcngikut undang-undang dan
      hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab
      mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun
      dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi
      butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
      alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
      membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama
      dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh 
      Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar
      Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku
     jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah
     membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di
     atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan
     Yang Dipertua dan Setiausaha.
(6) Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-keija dan memangku
     jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
(7) Kerani Bahasa Melayu dan Inggeris bertanggungjawab menjalankan segala tulis-menulis dan
      menterjemah semua dokumen ke Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
(8) Kerani Bahasa Cina bertanggungjawab menjalankan segala tulis-menulis surat-menyurat Bahasa
      Cina.
(9) Pegawai Kebajikan bertanggungjawab menjalankan segala kebajikan ahli-ahli persatuan.
(10)Pegawai Kebudayaan bertanggungjawab mengenai dengan Kebudayaan dan Pendidikan Moral
      Persatuan.
(11)Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang
      diarahkan olehnya.
 
FASAL 10   KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini
     boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan,
     termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
     kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah
     boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia:
     Lima Ratus Sahaja) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke
     dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama
     Pertubuhuan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun semasa Persatuan hendaklah
     ditandatangani bersama oleh Bendahari, Presiden atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Presiden,
     Setiausaha atau Bendahari, bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
     pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu
     masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan
     perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu
     masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. 
     Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu
     masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.
(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah
     disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasa 12
     undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira
     yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
     yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-
      tiap tahun.
 
FASAL 11   JURUAUDIT
(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
     sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa akaun Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan
     atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa
     oleh Yang Dipertua mengaudit akaun Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh
     perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
 
FASAL 12   HARTA
(1) Harta takalih pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan. Segala surat cara yang
     berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan
     pertubuhan iaitu Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari, yang ada masa itu dan perlantikan
     mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada pendaftar, dan dimeterikan dengan meteri
     pertubuhan.
(2) Harta takalih Pertubuhan tidak boleh dijual, disewa, dipindah milik atau digadai tanpa persetujuan
     dan kuasa yang diberi oleh mesyuarat Agung.
 
FASAL 13   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada
     undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang
     tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
     dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
     diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
 
FASAL 14   PENASIHAT / PENAUNG
     Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi 
     Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
     persetujuannya secara bertulis.
 
FASAL 15   LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan:
     Roulette, Lotto "Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam 
     Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's
     game, semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib dan semua jenis permainan
     video;
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu
     perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja
     seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;
(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atau
     nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
     pihak berkuasa berkenaan;
(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidaklah boleh
     diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
 
FASAL 16   PINDAAN UNDANG-UNDANG
     Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.
     Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada
     Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan
     perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau
     pindaan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. 
 
FASAL 17   PEMBUBARAN
 (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga
     perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil
     khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan
     tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
     tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
     dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

友情连线





© Copyright 2014. PERSATUAN KETURUNAN LEE KUALA LANGAT 瓜拉冷岳李氏宗親會
. All rights reserved.
No 54, Jalan Bayam 1, Taman Desa Jarom, 42600 Sg.Jarom, Selangor Darul Ehsan
Visitor Hits:
  Visitor Hit Counter