Undang-Undang Bagi PERSATUAN KETURUNAN LEE KUALA LANGAT |
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Keturanan Lee Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.
Selepas ini disebut "Persatuan".
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
(2) Alamat dan tempat urusan pertubuhan dan alamat untuk surat menyurat ialah No. 54, Jalan Bayam
1,Taman Desa, Sungai Jarom, 42600 Jenjarom, Selangor.
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Jawatankuasa.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT
(1) Untuk menjalankan aktiviti bagi menjaga kebajikan dan memajukan ahli-ahli.
(2) Menyatukan dan mengeratkan persahabatan dan semangat muhibbah di kalangan ahli.
(3) Menjalankan kerja dan perkhidmatan amal untuk manfaat masyarakat.
(4) Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Pertubuhan selaras
dengan tujuannya.
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Terbuka kepada warganegara Malaysia dari keturunan Lee berumur 21 tahun ke atas, berkelakuan
baik dan tinggal di kawasan Kuala Langat.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohanan itu dengan secepat
mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya
menolak sebarang permohanan tanpa menberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohan yang permohanannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah
setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima
menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan
ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang
berkenaan.
FASAL 5 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
(a) Ahli Biasa
Bayaran Masuk RM 20/-
Yuran Tahunan RM 6/-
(b) Ahli Seumur Hidup
Bayaran Masuk Rm 20/-
dan Bayaran Rm 100/- sekaligus sahaja.
(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dari awal tiap-tiap tahun
tidak lewat akhir bulan Mac pada tiap-tiap tahun.
(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan
yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli
sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah
menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan
keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang
yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
hutang yuran tahunan.
FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan
bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu
tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa
memecat atau menggantung ahli tersebut,ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan
oleh ahli tersebut.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu
perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua ganda jumlah Ahli Jawatankuasa,
mengikut mana yang kurang,hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada
30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam
daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah
ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang
Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: (a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu; (b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu; (c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan (d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta
penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan: (a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.
Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam
tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat. (8) Fasal 7 dan 8 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6
bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah
selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan: Seorang Yang Dipertua Tiga Orang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Seorang Penolong Bendahari Seorang Kerani Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Seorang Kerani Bahasa Cina Dua Orang Pegawai Kebajikan Dua Orang Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan 7 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa (2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan
akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua
pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap 3 tahun. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am
yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil
tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman
bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang
Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-
sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-
kurangnya setengah (1/ 2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat
Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha hendaklah mendapatkan kelulusan dari ahli-
ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan
persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan
mesyuarat. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa. (8) Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua
mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan
kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa
melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya
mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan
kerana cuai di dalam pekerjaan, curang,tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan
Pertubuhan. (10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani
peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2) Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran pertubuhan mcngikut undang-undang dan
hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab
mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun
dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi
butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama
dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar
Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. (4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku
jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah
membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di
atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan
Yang Dipertua dan Setiausaha. (6) Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-keija dan memangku
jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. (7) Kerani Bahasa Melayu dan Inggeris bertanggungjawab menjalankan segala tulis-menulis dan
menterjemah semua dokumen ke Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (8) Kerani Bahasa Cina bertanggungjawab menjalankan segala tulis-menulis surat-menyurat Bahasa
Cina. (9) Pegawai Kebajikan bertanggungjawab menjalankan segala kebajikan ahli-ahli persatuan. (10)Pegawai Kebudayaan bertanggungjawab mengenai dengan Kebudayaan dan Pendidikan Moral
Persatuan. (11)Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang
diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini
boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan,
termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah
boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia:
Lima Ratus Sahaja) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke
dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama
Pertubuhuan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun semasa Persatuan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Bendahari, Presiden atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Presiden,
Setiausaha atau Bendahari, bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan
perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasa 12
undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira
yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. (6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-
tiap tahun.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa akaun Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan
atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa
oleh Yang Dipertua mengaudit akaun Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh
perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 HARTA
(1) Harta takalih pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan. Segala surat cara yang
berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan
pertubuhan iaitu Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari, yang ada masa itu dan perlantikan
mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada pendaftar, dan dimeterikan dengan meteri
pertubuhan. (2) Harta takalih Pertubuhan tidak boleh dijual, disewa, dipindah milik atau digadai tanpa persetujuan
dan kuasa yang diberi oleh mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada
undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang
tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan:
Roulette, Lotto "Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam
Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's
game, semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib dan semua jenis permainan
video; (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu
perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja
seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atau
nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
pihak berkuasa berkenaan; (4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.
Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan
perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga
perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil
khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan
tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
|